Jumaat, 6 Jun 2014

Pengalaman : Rawatan Kesuburan / IUI di LPPKN Jalan Raja Laut


6/2/2014
Hari ni adalah hari pertama appointment (Nur Ellena) NE dan husband di LPPKN, Jalan Raja Laut. Perkahwinan NE & husband dah berusia 5 tahun tapi belum dikurniakan zuriat.Ok, diteruskan cerita, seawal 6 pagi kami bertolak dari rumah ke LPPKN. Hari ini adalah hari ke-5 period NE. Sampai kat LPPKN dalam jam 7 pagi, tapi tak dibenarkan masuk lagi kena tunggu jam7.30. Pendaftran dengan pengawal perlu dibuat di kaunter tingkat bawah untuk dapatkan pass masuk.Jam 7.25 NE dan husband naik ke tingkat 6.




Kami diminta tunggu diruang menunggu sehingga nurse panggil NE untuk ditemuduga dan husband diminta untuk mengambil sample "Money" di tingkat 7.Yang bagusnya di LPPKN ini, ada menyediakan bilik khas untuk para husband mengeluarkan "Money" dengan rasa selesa, Setelah husband selesai mengeluarkan "Money" dan turun di tingkat 6, husband juga turut dipanggil untuk sesi temuduga.  Selepas sesi temuduga, NE dan husband dipanggil untuk ambil sample  darah untuk check penyakit kelamin jika ada dan tahap kesuburan NE.

keputusan " Money" husband akan diperolehi hari yang sama, so kita kena tunggu agak lama. bagi yang 1st time, bawalah bekal siap-siap untuk alas perut. tak bawa pun tak apa. kat tingkat 2 ada kantin.

Setelah result Money" husband dah siap, Allhamdullilah tak ada masalah.so bolehlah ke prosedur seterusnya.  Setelah seharian di LPPKN akhirnyer selesai dah untuk hari ni ... next step adalah HSG... 

 11/2/2014
Step seterusnyer nurse suruh NE buat appointment kat mana-mana hospital untuk buat X-ray (HSG) untuk pengetahuan semua HSG adalah singkatan untuk Hysterosalpingogram. HSG prosedur adalah untuk mengesan samada tiub fallopio kita sumbat atau tidak. NE buat appointment di Hospital Assunta, sebenarnya LPPKN cadangkan kita buat x-ray HSG kat KPJ Tawakal, tapi booking dah full. so kita wat kat hospital Assunta. keputusan akan keluar pada hari yang sama HSG dilaksanakan, kedua-dua tiup tersumbat (itulah keputusanya). kecewa sangat masa tu. patutlah selama ni baby tak jadi. telor tak dapat keluar ke rahim sebab jalan dia sumbat. 

Proses HSG ni, agak sakit juga. 


24/2/2014
Pergi ke LPPKN untuk ambil darah sekali lagi untuk hari ke-21. Nurse pesan kalau 1st day period nanti, dia suruh call wat appointment dengan Dr. Jadi kita tunggu period seterusnye.

7/3/2014
Hari ke-4 period, NE & husband ke LPPKN. Dr terangkan berkaitan dengan x-ray HSG yang telah dibuat. walaupun kita dah tahu sebelum ni, penerangan Dr lebih terperinci lagi. Dr cadangkan NE untuk buat sekali lagi HSG untuk lebih kepastian. Appointment dibuat kat KPJ Tawakal pula.

13/3/2014
Awal-awal pagi lagi husband hantar NE ke KPJ Tawakal, 2nd time wat HSG. masa Dr masukkan cecair  ke dalam, terasa sakit yang amat sangat. rasa macam nak membuang pun ada. belakang rasa perit sangat, Dr suruh bertahan. Bila result dah keluar. Alhamdullilah, masih lag ada peluang yang Allah bagi. Tiub fallopio sebelah kiri masih ok. tetapi sebelah kanan  tersumbat. 

10/4/2014
Hari ni period ke-5. Jumpa Dr, Disebabkan masih ada tiub fallopio yang ok, Dr bincang pasal prosedur seterunyer. Dr terangkan tarikh yang sesuai untuk buat IUI, itu pun jika tak ada masalah. Dr jangkakan tarikh IUI dijalankan adalah pada 18-23 April 2014. Tapi pada tarikh tersebut NE & husband tengan bercuti di luar kawasan...tiket dah beli siap2, so bulan ni tak dapat teruskan IUI. Tunggu next period  lagi.

26/5/2014
Period ke-5, Appointment hari ni. Dr cuma bagi makan ubat Clomid , gambar seprti dibawah,

 
Ubat ni kita NE kena makan setiap hari 2 biji selama 5 hari, NE makan setiap Jam 10 malam, Dr yang cadangkan masa tu sebab jika ada kesan-kesan sampingan kita tidak dapat rasa kerana masa tu kita tengah tidur. Ubat ni kena makan secara konsisten sepanjang 5 hari tu. Cerita berkaitan kesan sampingan, NE cuma rasa panas dan rasa-rasa macam deman , tapi tak sure sama ada disebabkan ubat atau satu kebetulan saja. Selai Ubat Clomid ni ada satu lagi ubat yang perlu diambil. Gonal-f ni kena suntik ikut dos yang telah ditetapkan . Nurse akan ajar macam mana cara nak suntik ubat ni. Husband lah yang menjadi mangsa, sebab NE tak berani nak suntik sendiri. Gonal-f disuntik setiap selang sehari. masa suntik pun kena konsistent macam makan ubat clomid.



2/6/2014

Appointment Dr hari ni untuk buat Transvaginal Ultrasound (TVs) melalui vagina menggunakan ultrasound transducer.

Setelah mengambil Clomid dan Injection HuMoG 75iu, keputusan terdapat 2 telur (Ovum) yang dah matang tapi apa yang mengecewakan telur (Ovum) yang dah matang tu berada di sebelah kanan, sedangkan sebelah kanan tiub fallopio tersumbat.


Jadi Dr maklumkan bahawa prosedur seterusnya tidak dapat diteruskan . IUI tidak dapat diteruskan untuk kali ni. Kena tunggu next period untuk buat appointment IUI . walaubagaimana pun  jun & Jul IUI tidak boleh dilaksanakan sebab puasa. InsyaAllah lepas raya kita teruskan prosedur ini.

Kita sambung cerita selepas raya k.., maaf jika banyak kesilapan ejaan.


©2014, copyright Nur Ellena

7 ulasan:

  1. saya pun buat rawatan di lppkn juga.... khamis ni baru jumpa doctor... harap2 semuanya baik2 saja....

    BalasPadam
  2. boleh dapatkan info kos rawatan x..tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. dari kos pendaftaran, consultation dgn pakar dan ubat yang diambil kesemuanya lebih kurang RM1500+ itu belum lg proses IUI

      Padam
  3. Alternatif selain daripada hospital swasta yang agak tinggi kosnya kan.
    Degar feedback ramai yang positif kan..

    BalasPadam
  4. syukur dengan nikmat zuriat..
    yang penting jangan mengalah dan terus berusaha sehingga berjaya.

    saya juga turut berkongsi psl tiub fallopio tersumbat ni.

    Tiub Fallopio Tersumbat? Jangan Risau, Anda Masih Boleh Hamil. | Diari Mama

    BalasPadam
  5. Salam NE, kenapa u tak update u punya story. Curious to know....

    BalasPadam