Nuffnang

Selasa, 26 Ogos 2014

Info: Tanda-Tanda Awal Tekanan (Stress)

Tekanan berlaku apabila unsur-unsur yang mendesak atau menekan melebihi keupayaan kita untuk menanganinya. Tekanan yang sederhana boleh menjadi suatu bentuk dorongan yang kuat. Ia dapat menolong tubuh dan minda kita untuk bekerja dengan baik dan menyumbang kepada kesihatan mental. Cara kita menangani tekanan yang dihadapi amat penting dalam menentukan kesihatan mental dan fisikal.
Tekanan luar biasa yang berpanjangan dan keterlaluan merupakan sesuatu yang merisaukan. Ia mempunyai kesan-kesan psikologi yang negatif dan memberi kesan buruk kepada fungsi jantung, sistem penghadaman dan rangka otot. Ini akan membawa kepada beberapa penyakit seperti ulser perut, tekanan darah tinggi dan migrain (sakit kepala yang amat sangat). Perasaan ini mungkin berkekalan. Justeru itu, amat penting bagi kita mengenali gejala-gejala yang berkaitan dengan tekanan dan memikirkan kaedah atau sistem terbaik yang bersesuaian dengan diri kita bagi mengurangkan tekanan.

Tanda-tanda Awal
Gejala Fizikal dan Gejala Mental:-
  • Degupan jantung yang cepat
  • Rasa hilang kawalan atau ditenggelami oleh peristiwa yang berlaku
  • Banyak berpeluh
  • Risau dan bimbang
  • Terasa loya Gagal menumpukan perhatian atau membuat keputusan
  • Bernafas kencang
  • Rasa tidak sihat
  • Cirit birit dan terasa hendak membuang air kecil
  • Sukar untuk tidur
  • Kaki dan tangan terasa sejuk
  • Keinginan seks menurun
  • Selera makan berubah
  • Terasa amat letih
  • Gangguan keseksualan
  • Meminum lebih banyak alkohol dan semakin kuat merokok
  • Sakit-sakit badan yang tidak jelas puncanya
  • Perubahan perasaan atau fikiran seperti kemurungan, kekecewaan, sikap bermusuhan, rasa tidak berdaya dan kegelisahan
  • Penyakit seperti lelah, sakit kepala dan timbul ruam kulit.

©2014, copyright Nur Ellena

Tiada ulasan:

Catat Ulasan