Selasa, 3 November 2015

Gambar: Kisah Poly Si Anjing Buta

Poly adalah seekor anjing betina jenis Pitbull yang buta kedua-dua belah matanya. Namun malang bagi Poly apabila ditinggalkan begitu sahaja di sebuah taman di Santa Barbara. Ketika ditemui dan diselamatkan oleh Santa Barbara Country Animal Services, Poly mempunyai masalah dengan penyakit kulit malah dipercayai Poly baru sahaja melahirkan anak. Malangnya, pihak yang menyelamatkannya gagal menemui semula anak-anak Poly. Pihak Santa Barbara Country Animal Services kini menempatkan Poly dirumah angkat sementara menunggu keluarga yang sanggup mengambil dan memeliharanya. Bagi meringankan beban mereka untuk menampung kos veterinar Poly, mereka telah menubuhkan sebuah tabung amal untuk rawatan Poly.


Tabung amal Poly - PolyBlindPibble
Facebook Poly - https://www.facebook.com/PolyBlindPibble

©2015, copyright Nur Ellena

Tiada ulasan:

Catat Ulasan