Rabu, 15 Jun 2016

Gambar: Mengensot Mencari Anaknya

Ibu kucing ini diserang tanpa perikemanusian hanya kerana ia merayau-rayau di kawasan laman rumah orang lain. Seorang lelaki yang tinggal di kawasan kediaman itu telah melakukan keganasan terhadap haiwan ini dengan membalingnya ke arah sebuah treler.
Anak-anak kucing ini yang baru berusia seminggu telah diselamatkan oleh kumpulan pecinta haiwan yang beranggapan bahawa ibu kucing ini telah mati. Namun keesokkan harinya mereka melihat ibu kucing ini berada di tempat terakhir anak-anaknya ditinggalkan dengan cara mengensot badannya. Ini kerana ia telah mengalami kelumpuhan bahagian belakang badan dan hanya kaki hadapannya berfungsi.
Ibu kucing ini diselamatkan dan disatukan kembali dengan anak-anaknya. Namun, ibu kucing ini disahkan lumpuh untuk selama-lamanya.
Lelaki yang bertanggungjawab menyebabkan kejadian ini telah ditahan oleh pihak berkuasa.






Sumber: The Dodo

©2016, copyright Nur Ellena

Tiada ulasan:

Catat Ulasan