Rabu, 15 Mac 2017

Pengalaman : Proses In Vitro Fertilisation (IVF) 1

 Perkhawinan kami kini menghampiri usia 8 tahun. Belum lagi dikurniakan anak. Belum dapat rezeki lagi, tapi tak salah kalau kita berusaha dengan cara lain daripada menunggu saja. Kami cuba untuk buat rawatan secara tradisional (ubat-ubatan kampung, pantang dengar ada makcik pandai urut) Rawatan moden pun telah dicuba ( laparoskopi, kaedah IUI telah dibuat ). Pernah cuba buat IUI di LPPKN, tapi separuh jalan jer.. saya stop atas sebab-sebab tertentu. Kami cuba rawatan di Klinik Hamid Arshat, mesti ramai yang tahu berkaitan dengan Klinik ni. Setelah beberapa tahun menjadi patient Dr.Hamid, akhirnya Dr. Hamid mencadangkan untuk kami mencuba kaedah IVF.


Surat rujukan daripada klinik Dr.Hamid telah dikeluarkan, bermula pada penghujung 2016 kini saya menjadi gynecological patients di PPUM/UMMC.

Bermulalah cerita baru...


Appointment pertama di PPUM untuk procedure IVF bermula pada penghujung Disember 2016, pada kunjungan pertama ni just jumpa doktor pakar. Doktor terangkan proses-proses IVF dari awal hingga akhir. Doktor akan tanya beberapa soalan berkaitan dengan latarbelakang  suami dan istri. kena share semua dengan doktor agar senang untuk memastikan apa keperluan yang perlu dibuat. Lawatan pertama ni,contoh darah suami diambil. bayaran kurang daripada RM100. -  resit hilang.Suami perlu buat appoinment di bahagian makmal untuk sample sperm. sperm perlu dihantar ke makmal dalam masa kurang dari 2 jam dari masa dikeluarkan.. bayaran ni pun tak ingat.. tp agak murah juga.


Appointment kedua, pada hari ke-2 period (bulan Jan 2017), istri perlu hantar sample darah untuk ujian. Masa ni tak perlu jumpa doktor. bayaran tak ingat.


Appointment ketiga, pada hari ke-12 , istri sekali lagi perlu ambil sample darah. Tunggu  result keluar.... baru dapat ke prosedure seterunya....


©2017, copyright Nur Ellena

5 ulasan:

  1. Salam Ellena, sy pn mcm awak tgh rawatan ivf di PPUM atas nasihat Dr Hamid. Khamis ni sy akan jmpa Doc utk review test2 yg kena buat tu. Harap blh share pgalaman dgn awak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dr.Hamid sendiri takde buat rawatan IVF ke?

      Padam
    2. Dr.Hamid sendiri takde buat rawatan IVF ke?

      Padam
  2. Dr hamid mmg x buat ivf. Yg buat Dr Mukri ppum

    BalasPadam
  3. Boleh share rawatan ni berjaya atau tidak

    BalasPadam