Selasa, 4 September 2012

Berita: Isteri Tendang 'Anu' Suami

KUALA LUMPUR: Demi menyelamatkan diri daripada dibelasah suami yang naik angin, seorang wanita nekad menendang kemaluan lelaki berkenaan selepas mereka bergaduh, di Wangsa Maju, di sini, kelmarin.
Sebelum kejadian jam 6.30 petang itu, mangsa berusia 25 tahun terserempak suaminya makan bersama teman wanita menyebabkan dia pergi mendapatkan penjelasan daripada lelaki berkenaan. 
Bagaimanapun, suaminya naik angin lalu menyerangnya dengan mengheretnya di atas jalan sebelum menampar dan menendang perutnya beberapa kali menyebabkan mangsa cedera di muka, punggung dan tangan. 

Sumber polis berkata, mangsa yang bekerja sebagai pegawai perkhidmatan pelanggan makan di kawasan itu sebelum ternampak suaminya bersama wanita tidak dikenali.

Menurutnya, mangsa menuju ke meja berkenaan untuk menegur, namun terkejut apabila lelaki itu berpura-pura tidak mengenalinya menyebabkan mangsa marah.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan mengesahkan kejadian.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/04




Lagi info disini: Harian Metro


©2012, copyright Nur Ellena

Tiada ulasan:

Catat Ulasan