Rabu, 24 April 2013

Gambar: Billy Si Kucing Yang Sesat

Cerita ini mengisahkan bagaimana kasih sayang seekor kucing sesat, Billy yang menolong Fraser seorang budak lelaki autism yang berumur 4 tahun. Fraser Booth disahkan mempunyai menghidap autism ketika berusia 18 bulan. Fraser boleh berkomunikasi seperti mana kanak-kanak yang lain dengan ibubapanya. Bagaimanapun, tingkah laku Fraser lebih terarah kepada melepaskan kemarahan, histeria dan kemerosotan mendadak dalam percakapan. Setiap kesilapan kecil atau apa-apa tindakan yang tidak di sukainya akan mengundang kemarahan yang tidak dapat di kawal. Kehadiran Billy seekor kucing yang sesat dan diabaikan oleh tuannya terdahulu sebelum di selamatkan oleh rumah perlindungan haiwan telah menceriakan Fraser. Apa sahaja yang dilakukan oleh Fraser seperti tidur dan bermain, Billy setia menemaninya. Ia bagaikan memberi ketenangan buat Fraser.







Sumber: Daily Mail UK
Apakah Itu Autism? Klik Sini

©2013, copyright Nur Ellena

Tiada ulasan:

Catat Ulasan