Jumaat, 12 April 2013

Gambar: Kek Termahal

Bayangkan kek yang berharga berjuta-juta. Inilah yang terjadi bila manusia yang mempunyai kekayaan yang melampau sehinggakan tidak kisah untuk menempah sebuah kek bernilai berjuta-juta.

Pirates Fantasy - $35 juta dollar Amerika
Dihasilkan oleh chef selebriti Sri Lanka. Mempunyai 10 lapisan kek dan setiap lapisan batu permata Saphire dari jenis yang berlainan. Ia juga dihiasi dengan 10 jenis macam barangan berharga.

Kek Kahwin - $20 juta dollar Amerika
Dibuat oleh pereka kek Nahid Parsa dari Beverly Hills, Amerika dan dibantu oleh pereka fesyen dan barangan kemas terkenal Mimi So. Kek ini dihiasi dengan batu-batu permata berharga.
Diamond Chocolate Cake - $5 juta dollar Amerika
Sebanyak 2,000 biji batu berlian digunakan untuk oleh tukang emas diletakkan di atas kek ini.
Diamond Fruitcake - $1.7 juta dollar Amerika
Kek ini mempunyai 2 bahagian dan 6 sisi. Tetapi tarikan utamanya ialah pada 223 biji berlian kecil yang menghiasi kek ini.
Diamond Wedding Cake - $1.3 juta dollar Amerika
Kek ini mempunyai 9 lapisan dan seberat 160 paun. Dihiasi dengan berlian 1,200 karat di sekeliling lapisan pertama. Diletakkan juga permata delima untuk menaikkan warna kek ini.






©2013, copyright Nur Ellena

Tiada ulasan:

Catat Ulasan