Selasa, 10 September 2013

Gambar: Hutan Buluh Sagano

Jika anda berpeluang berkunjung ke negara Jepun, jangan lupa ke Kyoto. Disana terdapat satu kawasan hutan yang dipenuhi dengan pohon-pohon buluh. Susunan pepohon buluh yang teratur menjadi tarikan pengunjung untuk mengunjungi kawasan ini dan fakta yang paling menarik ialah apabila ada tiupan angin, ia menyebabkan pohon-pohon buluh ini seakan-akan mengeluarkan bunyi siulan. Yang menariknya ialah bunyi yang terhasil ini telah diiktiraf oleh kerajaan Jepun sebagai salah satu diantara seratus bunyi yang perlu diperlihara di Jepun. Buluh amat senonim dengan budaya Jepun dan digunakan sebagai antara bahan utama untuk membuat pelbagai produk.






Sumber: Amazing Places on Earth

©2013, copyright Nur Ellena

Tiada ulasan:

Catat Ulasan