Khamis, 26 September 2013

Info: Ketahui Jenis-jenis Teh

Teh Hitam - Biasa ditemui dan gunakan hampir 75 peratus pengemar teh. Kebanyakkan teh, ia diperolehi dari daun teh jenis pokok Camellia Sinensis. Teh hitam rasanya sedikit pahit dan mengandungi kafein kira-kira 40mg secawan teh. 





Teh Hijau - Teh yang mengandungi banyak anti-oksidan yang dipanggil Catechin. Satu kajian mendapati amalan meminum teh hijau dapat mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular sebanyak 10 peratus.



Teh Oolong - Membantu menurunkan berat badan. Teh ini mengadungi enzim yang boleh menguraikan Triglyceride iaitu sejenis asid lemak yang tersimpan didalam sel-sel lemak. Kajian juga menyatakan seorang wanita yang minum teh ini boleh membakar kalori sehingga 2 jam berbanding meminum air biasa.





Teh Putih - Daun-daun teh jenis dikutip ketika masih muda, jadi teh ini mempunyai rasa yang lebih ringan berbanding dengan teh-teh lain dan juga kurang kafein, kira-kira 15mg secawan teh. Teh serbuk mengandungi lebih anti-oksidan berbanding teh uncang kerana daunnya mengalami proses lagi sedikit.

Teh Berperisa - Lebih kepada aromanya seperti kandungan kayu manis, serbuk kulit buah oren, lavender dan pelbagai adunan daun teh. Namun khasiatnya tetap sama dengan variasi teh-teh yang lain kecuali jika teh itu juga dicampur dengan buah-buahan anti-oksidan yang tinggi seperti blueberry.





Teh Herba - Secara logiknya ia bukan teh sebenarnya. Ini kerana ia adalah kombinasi campuran buah-buahan, pelbagai jenis bunga dan herba yang dikeringkan. Teh jenis ini tidak mengandungi kafein. Elakkan dari mengambil teh herba untuk menguruskan badan. Ini kerana ia mungkin mengandungi sejenis julap yang merbahaya.


©2013, copyright Nur Ellena

Tiada ulasan:

Catat Ulasan