Jumaat, 15 Mei 2015

Gambar: Pekerja Buruh Binaan di China

Bagi kebanyakan pekerja, gaji dan pangkat tinggi memang dinanti-nantikan.Tetapi tidak bagi pekerja binaan di China ini.Gaji mereka tak tinggi. Begitu juga dengan pangkat mereka.Yang tinggi hanyalah tempat mereka bekerja.
Tanpa tali atau peralatan keselamatan lain, kecuali topi keras untuk melindungi mereka jika terjatuh, pekerja ini menghabiskan tugas harian dengan mengangkat papan berat dan menolak kereta sorong yang penuh dengan simen, melalui laluan papan yang goyah untuk membina laluan pejalan kaki di sebuah gunung di daerah Pinjiang di wilayah Hunan.
Dalam beberapa gambar lain, pekerja ini dilihat berdiri pada perancah besi berkarat setinggi ribuan meter untuk melakukan pekerjaan mereka.
Pegawai China berharap laluan itu akan menggamit ribuan lagi pelancong ke kawasan berkenaan apabila siap kelak. Ia menawarkan pemandangan yang menakjubkan sekeliling kawasan pergunungan yang memang terkenal di daerah itu.
Taman negara yang ada di daerah berkenaan sudahpun menjadi tarikan pelancong sebelum ini.Apabila projek itu siap kelak, laluan itu akan sepanjang lebih dua kilometer, menjadikannya yang paling panjang mengelilingi gunung di China.
Jurutera Yu Ji, 48, antara yang terbabit dalam projek yang dimulakan sejak 2011 itu berkata: “Saya tidak melihat adanya perbezaan dengan kerja lain. Ia tidaklah begitu bahaya seperti yang anda lihat. Anda hanya perlu berhati-hati.”






Sumber: Herbeat

©2015, copyright Nur Ellena

Tiada ulasan:

Catat Ulasan