Ahad, 31 Mei 2015

Gambar: Roux Si Kucing Lincah

Masih ingat lagi cerita tentang seekor kucing jalanan bernama Hero yang menjadi mangsa kerakusan manusia binatang yang sanggup memotong kakinya seketika dulu? Walaupun Hero telah tiada, namun ceritanya sentiasa menyentuh hati para pecinta haiwan. Baca di sini.

Namun, lain pula dengan Roux, kucing ini dilahirkan cacat tanpa kedua-dua belah kaki hadapannya. Akibat kesukaran untuk menguruskan dirinya, pemilik asal kucing ini telah menyerahkannya kepada rumah pelindungan haiwan. Ini disebabkan mereka tidak lagi sanggup untuk menguruskan Roux. Namun, Jackie Deak Akey yang bekerja pegawai veterinar telah mengambil Roux dan memeliharanya. Kini Roux bukan sahaja comel dan lincah, malah dia juga mempunyai pengikut Instagramnya seramai lebih dari 113,000 pengikut! Mari kita lihat gambar-gambar Roux yang comel ini.







©2015, copyright Nur Ellena

Tiada ulasan:

Catat Ulasan