Selasa, 26 Mei 2015

Kreatif: Ecocapsule

Ecocapsule adalah rumah mudah alih yang menawarkan satu pengalaman yang tidak ada pada kediaman biasa. Ia mudah alih dan fleksibiliti, sesuai untuk pelbagai fungsi: dari stesen penyelidikan atau rumah persinggahan pelancong atau rumah pada waktu kecemasan. Ecocapsule bergantung pada kincir angin dan tenaga solar sebagai sumber elektrik dan air hujan sebagai sumber air. Berkeluasan 8 meter persegi, ia dapat menampung sehingga dua orang. Ia dilengkapi dengan dapur, tandas dan bilik mandi.






Sumber: Ecocapsule

©2015, copyright Nur Ellena

Tiada ulasan:

Catat Ulasan